Assalamualaikum...
Pagi ni lepas program bacaan yassin kat opis, aku terus g sekolah farihin sebab ada sesi menandatangani buku report card dan ade jamuan untuk anak2 ngan ibubapa..
Penerangan dari Cikgu Baidah tentang prestasi murid2..
So far..cikgu terangkan yang murid2 ni tak de no. Kedudukan dalam kelas. Diorg dinilai dgn 3 kategori 1. Telah menguasai (TM) 2. Sedang maju (SM) 3. Belum maju (BM)..so, farihin dalam kategori TM..alhamdulillah...walaupun mcmtu cikgu pesan suh die byk latihan membaca untuk lebih lancar sbb next year dah darjah 1 pelajaran lebih mencabar...
Lepas tandatangan report card, sume ibubapa dijemput untuk ke jamuan yg disediakan..meriah gak la..ngan kepchi, kek, aiskem n macam2 lagi la..
Dah selesai jamuan, cikgu bagi cenderahati kat murid2, sambil2 bermaaf-maafan ngan cikgu..
Kata cikgu: belajar rajin2 ye .. (baik cikgu...)
Semalam sekolah dah buat hari konvokesyen..memandangkan farihin tak datang atas sbb2 yg tak dapat di elakkan, makanya hari ni la nak amik gambar untuk kenang-kenangan. Tapi tengok la tu muka die..monyok sebab taknak pakai jubah konvo tu...
Tamat sudah....
Semoga ilmu yg dipelajari di prasekolah dapat dimanfaatkan
Time darjah 1 nanti..Insya Allah..P/s : tak ade entry tentang hari kecemerlangan anak2 sebab anak2 tak datang time tu..ape pun..tahniah buat anak2 saye...
No comments:
Post a Comment