Monday, December 5, 2011

Percubaan Pertama ..

ketemu lagi...malam tadi rajin lak nak wat kuih lompang lagi. ni kali ketiga aku buat kuih ni..1st time wat kuih ni da ade org order 50 pcs untuk wat makan-makan..ohh..sungguh teruja..da ade peminat rupenye..hihi


50 pcs order from kak anim

ni kuih tradisional org dolu-dolu..kuih ni sedap tau..resepinye senang je..cecube
  • 2 cawan tepung beras
  • 3 ½ cawan air gula merah suam
  • ½ cawan air dibancuh 
  •  ½ sudu teh kapur sirih dan ditapis
  • ½ biji kelapa muda parut digaul rata bersame  garam
CARA MEMASAK :
  1. Panaskan cawan-cawan tembikar kecil dalam kukusan.
  2. Bancuhkan tepung dan air kapur
  3. Tuang air gula merah dan kacau rata
  4. Tapis adunan kedalam jag dan tuang ke dalam cawan-cawan yang telah dipanaskan tadi
  5. Kukus selama 15 minit
  6. Sejukkan dan cungkil perlahanlahan
  7. Tabur kelapa parut di atas kuih
  8. Sedia untuk dihidang



2 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Tgk kuih zura ni teringin la pulak.. :D

zue_ra said...

cube la kak..insya Allah jadik

background